Apabila dengar sahaja kanser, ia cukup menggerunkan. Seolah-olah malaikat maut telah siap sedia untuk menjemput. Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa di kalangan wanita, dan penyebab kedua kematian wanita, selepas kanser paru-paru. Lebih menakutkan 1 dari 19 wanita di Malaysia berisiko untuk mendapat kanser payudara sepanjang hayat mereka. Apa Itu Kanser Payudara? Kanser payudara terjadi apabila struktur sel normal payudara bertukar dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus dan esemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser. Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser. dan yang paling menakutkan ia ...